PUSINGAN KITARAN ANAI -ANAI
QUEEN
QUEEN NIE BIASANYA HANYA TUNGGU DI DALAM BUSUT / KOLONINYA SAHAJA. PEKERJA ANAI-ANAI AKAN MENGHANTAR MAKANAN KEPADA QUEEN. FUNGSI QUEEN ADALAH MELAHIRKAN ANAK-ANAK DAN MENJAGANYA. KEBIASAANYA QUEEN BOLEH MELAHIRKAN DARI 1000 EKOR KE 10000 EKOR UTK SATU KOLONI. QUEEN NIE AMAT SENSITIF DENGAN CUACA DAN CAHAYA. JIKA DIBIARKAN DI LUAR SARANGNYA DALAM TEMPOH YG PENDEK QUEEN NIE AKAN MATI DENGAN SENDIRINYA.
MASYARAKAT LAMA DAN ORG KAMPUNG ADA MENYATAKAN BAHAWA JIKA QUEEN NIE DAPAT SESUAI UTK JADI MAKANAN ORG LELAKI KERANA IANYA BAGUS UTK SEKSUAL BATIN LELAKI. HARGA SEEKOR QUEEN BOLE MENCECAH KE RM300 SEEKOR.
ANAK / NYMPHS
ANAK-ANAK NIE BAKAL MENJADI PEKERJA, ASKAR, QUEEN N KING. ANAK-ANAK NIE BIASANYA BERADA DI DALAM BUSUT ATAU KOLONINYA. TIDAK AKAN KELUAR KERANA AMAT SENSITIF DENGAN CUACA DAN CAHAYA.
WORKERS
FUNGSI PEKERJA / WORKERS ADALAH MEMUNGUT MAKANAN UTK QUEENNYA DI DALAM BUSUT DAN JUGA MEMBINA TEROWONG UTK LALUAN ANAI-ANAI. BAGAIMANA MAHU TAHU SAMADA ANAI TANAH DAN RUMAH ADALAH BERDASARKAN WARNA BADANNYA.
JIKA WARNA PUTIH ADALAH ANAI-ANAI RUMAH.
ANAI-ANAI INI AKAN MAKAN SEMUA BRG DI PREMIS SEPERTI PLASTIK, KOTAK, PERABUT DSBNYA. AMAT MUDAH DIMUSNAHKAN OLEH SYKT PEST CONTROL DENGAN KAEDAH SEMBURAN ATAUPUN BAITING..
JIKA WARNA COKLAT ADALAH ANAI-ANAI KAYU.
ANAI-ANAI INI BIASANYA HANYA MAKAN YANG BERKAYU SAHAJA SEPERTI ALMARI DAN PERABUT KAYU SAHAJA. ANAI-ANAI INI AMAT KUAT MAKANANNYA. AGAK RUMIT UTK DIBUNUH KERANA ANAI-ANAI INI AMAT CEKAP BERSEMBUNYI. PERLU GUNA KAEDAH DUST OR ULV UTK MEMBUNUH ANAI-ANAI INI.
JIKA WARNANYA HITAM ADALAH ANAI-ANAI HUTAN.
ANAI-ANAI INI BIASANYA BERADA DI LUAR KAWASAN RUMAH DAN BIASANYA MEMPUNYAI BUSUT DI ATAS TANAH. ANAI-ANAI INI HANYA MEMAKAN KAYU-KAYU SKALA BESAR SEPERTI POKOK. ANAI-ANAI INI AMAT SUKAR DIMUSNAHKAN KERANA AMAT CEKAP MENGHIDU DAN MENGHILANG DIRI JIKA ADA ANCAMAN. CARANYA UTK MEMUSNAHKAN DENGAN MENYEMBUR ATAU MENYUNTIK RACUN KE DALAM BUSUT ANAI-ANAI.
SOLDIERS
TANDA BAGAIMANA INGIN TAHU ANAI-ANAI NIE ADALAH SOLDIERS / ASKAR DENGAN MELIHAT ADANYA TANDUK ATAUPUN CANGKUK DI HUJUNG KEPALANYA. TUJUAN N KERJA ASKAR INI ADALAH SURVEY DULU TEMPAT MAKANAN YANG HENDAK DIAMBIL OLEH PEKERJA ANAI-ANAI. FUNGSI ASKAR ADALAH UTK MENGAWAL TEROWONG DAN JUGA LALUAN ANAI-ANAI AGAR TIDAK DICEROBOH. SEKIRANYA DISERANG ATAU DICEROBOH MAKA ASKAR INI AKAN MENGGUNAKAN KEKUATAN CANGKUKNYA UTK MENYERANG DENGAN MENGIGIT MANGSANYA.
KALKATU
BIASANYA KALKATU BOLEH NAMPAK BILA WAKTU MALAM...BANYAK BERMAIN-MAIN DI LAMPU. JIKA BANYAK KALKATU BERMAKSUDNYA AKAN BANYAK ANAI-ANAI DISITU. KALKATU AKAN HILANG KEPAKNYA DAN AKAN JATUH KE TANAH DAN AKAN MEWUJUDKAN KOLONI MASING-MASING DI DALAM TANAH, DIMANA IANYA AKAN JADI SEBUAH BUSUT KELAK.
JIKA ANDA TIDAK FAHAM LAGI JANGAN SEGAN-SEGAN DAN MALU HUBUNGILAH ANGAHSHOPPE UTK KETERANGAN LANJUT.